Monday, August 24, 2009

RENUNGKANLAH TEMAN2 KU...

Wahai kakakku....
Kenapakan lemah sungguh kaum HAWA itu???
Asyik berteman tangis dan sendu....
Wahai adikku....
Bukan wanita itu lemah kerana dek tangis dan sendunya,
tetapi disitulah wahai adikku,
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,
menjadi IZZAH yang paling gah,
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,
kerana sendu rayunya....
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun.
Duhai adikku....
lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata.
Namun kakakku....
Wanita itu fitnah dunia....!!!
Pernahkah adikku dengar pesanan Illahi pada hambanya???
"WAHAI LELAKI-LELAKI YANG BERIMAN,
TUNDUKKANLAH PANDANGANMU DAN TUTUPKANLAH AURATMU".
Cuba adik nilai....
Pada siapa dahulu ALLAH S.W.T dahulukan pesananya???
Pada hamba yang bergelar AR-RIJAL.
kerana andai si lelaki menjaga pandangnnya,
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pada dirinya.
Dan tidaklah ALLAH S.W.T lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.
Kerana di situlah kehormatannya.
Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Illahi itu!
Sesungguhnya, wanita yg beriman itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh.
Tapi kakakku....
Kenapa wanita itu menjadi peragaan???
Tidakkah mereka merasa malu???
Wahai adikku sayang...
Al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan Al-Haya' itulah pakaian IMAN.
Pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri.
NAMUN...
Bila mana Al-Haya' itu lebur,
Imannya runtuh...
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan???
Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku....
Wanita solehah itu pasti melindung diri mereka dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku....
1001 keindahan antaranya penciptaan wanita.
Pandai-pandailah dikau menilai,
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku...
Janganlah adik gusar,
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu.
Dan janganlah engkau sesekali merendahkan dirimu...mgugurkan dirimu...menyembah tanah.
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH S.W.T jadikan begitu tinggi martabatmu...



No comments: