Wednesday, August 26, 2009

kata-kata dari sahabat saya yg jauh...


"Usah GELISAH, apabila ada insan yang BENCI atau TIDAK menyayangi kita di dunia..kerana ada lagi insan lain yang MASIH menyayangi kita (mak & ayah)..GELISAHLAH, apabila Allah BENCI atau TIDAK menyayangi kita kerana TIADA siapa lagi yang akan menyayangi kita di sana, kecuali DIA.."
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."kita kena sentiasa ingat akan Allah S.W.T..sbb tiap hari kita guna nikmat Allah..wallahua'lam
pandanglah dengan mata hati wahai sahabatku, tp jgnlah pandang dgn mata kasar atau mata akal..
Ayat² Cinta

Kasih dan dikasihi adalah sebahagian daripada FITRAH semulajadi manusia. Semua manusia punya naluri ini. Cuma yang berbeza, bagaimana fitrah ini terzahir dan dizahirkan dalam kehidupan yang ‘sebentar’ ini. Ada yang mencari cinta manusia i.e. kekasih, hingga ada yang sanggup menggadai nyawa meminum racun serangga bila cinta tidak dibalas atau dikhianati. Tak kurang yang sanggup terjun bangunan, frust dengan boyfriend/girlfriend katanya…Macam-macam lagi ‘kepelikan’ ketika bercinta… Mungkin ramai yang tersenyum sendirian, terkenangkan ‘kepelikan’ dalam pengalaman cinta masing-masing.

Kasih sayang dan cinta yang paling utama di dalam Islam adalah mencintai Allah dan RasulNya. Inilah cinta yang HAKIKI! Rasulullah SAW bersabda: “3 PERKARA sekiranya diamalkan akan terasa KEMANISAN IMAN; 1) Mencintai Allah dan RasulNya melebihi kecintaan kepada yang daripada keduanya; 2) Mencintai seseorang itu semata-mata kerana Allah; 3) Tidak mengulangi maksiat yang dilakukan selepas Allah memberikan hidayah kepada mereka seperti mana benci dihumbankan ke dalam neraka Jahannam” (riwayat al Bukhari dan Muslim).

Seorang Muslim yang hakiki melaksanakan tuntutan agamaNya bukan atas PAKSAAN tetapi dengan penuh kerelaan untuk mengharapkan kasih Tuhannya. Cintanya pada Allah menjadi motivasi dan nilai utama dalam memberi dan mencari kasih sesama manusia; ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat handai dan saudara mara. Cinta mereka kepada manusia punya syarat; orang yang mereka kasihi mesti mengasihi Allah! Tiada kompromi!!!

Sebagai contoh, mengasihi ibu bapa kerana Allah mendorong seorang anak menyantuni ibu bapa yang sudah lanjut usia dengan sepenuh hati walaupun perangai ibu bapanya lebih keanak-anakan daripada cucu-cucunya sendiri. Motivasi anak tersebut adalah pada menyantuni mak dan abahnya, kasih sayang Allah mencurah-curah. (nota: Apa khabar mak abah kita di kampung?)

Mengasihi isteri dan suami kerana Allah melahirkan kesegaran dan keikhlasan dalam bercinta. Kerap terdengar bahawa ramai yang JEMU dengan isteri dan suami selepas 5 tahun berumahtangga. Segala yang cantik dahulu menjadi pudar, segala yang wangi dahulu menjadi hambar, segala yang manis dahulu menjadi tawar, dulu tengok seksi sekarang rasa seksa… Janganlah melihat isteri dengan semata-mata dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang dangkal, atau dengan pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati bersuluhkan iman, kerana hati itulah yang memberi makna kepada cinta dalam berumahtangga.

Begitu juga ia mengasihi anak yang merupakan amanah dari Allah kepada ayah dan bondanya. Betapa tinggipun kasihnya pada anak-anak, ayah dan ibu yang beriman tetap tidak membiarkan anak-anaknya melakukan perkara yang dimurkai Allah kerana kasih mereka pada Allah yang paling tinggi. Ibu dan bapa yang mencintai Allah dan Rasul sentiasa merenung kepada pesanan PENCIPTA yang berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” [al-Tahrim 66 : 6]

Memang benar pepatah: WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK! Dalam bercinta juga begitu; kita mencintai manusia kerana Allah, kita akan dicintai oleh Allah dan manusia. Alangkah nikmatnya cinta yang begini!

Dalam bercinta marilah kita berdoa:

“Ya Allah, kurniakan aku kecintaanMU, dan kecintaan orang yang mencintaiMU; Ya Allah kurniakan aku kecintaan kepada amalan yang mendekatkan kami kepada KecintaanMU.” (riwayat Ahmad).

No comments: