Hidup ini tidak selalunya indah. Seringkali kita diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Ada kalanya kita terjatuh. Ada masanya kita terluka. Ada masanya kita di bawah. Ada waktunya juga kita menangis. Ada masanya kita kecewa dan hampa. Ada waktunya kita merana dan sengsara. Bagaimanakah kita saat kita diuji? Periksa hati kita..
"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. "
[Surah Al-Hajj : Ayat 11]
Allah tidak akan menguji hamba-Nya jika hamba itu tidak, mampu menanggung ujian tersebut,
solat itu penenang jiwa,al-Quran itu penerang jiwa, dan zikrullah itu pelembut hati, bila ditimpa kesusahan kembalilah kepada-Nya, kerana ujian yang Allah bagi itu pasti ada hikmahnya,
sama ada untuk diberi pahala,penghapus dosa atau ditingkatkan darjat seseorang hamba itu.
Setiap kesusahan adalah ujian.. mungkin ini masa terbaik kita bermuhasabah kembali. Ada ketika kita tewas memahami dan mengenali diri kita. Bila datang ujian samada berbentuk harta atau kehidupan.... ada sesuatu Allah hendak peringatkan kita. Perlu kita buka hati untuk menerima segala silap dan kelemahan yang datang. Beruntung bagi mereka yang diuji...kerana, bilamana kita sering hidup dengan kemewahan atau kelapangan, hati insan pasti ada masanya, leka dan sakit.
Cara terbaik, duduk...dan merenung kembali mengapa ujian itu diturunkan. Apakah kita semakin taqarrub padanya dan mampu menyingkap hijab diri kita-antara sifat mazmumah & mahmudah atau sedar & alpa. Pastinya setiap yang dijadikanNya ada hikmah (pelajaran & peringatan) yang tidak sekali sia-sia. Sememangnya beberapa sifat diperlukan dalam menangi masalah yang membawa kepada kelanjutan masalah atau dugaan ini adalah sabar, redha, syukur & tawakal.
Jangan bersedih..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah. Segala benda dalam dunia ni adalah ujian kepada kita semua. Tidak kira musibah, kesenangan, dan segalanya adalah ujian daripada Allah. Jika ditimpa kesusahan, Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapinya. Jika ditimpa kesenangan dan kejayaan, Allah mahu menguji sejauh mana tahap kesyukuran kita kepadaNya. Jadi, semuanya adalah ujian daripada Allah.
Sebab tu, Allah berikan kita akal fikiran untuk kita berfikir segala apa yang berlaku. Semuanya akan ada hikmah yang tersembunyi. Tinggalnya, samaada kita percaya ataupun tidak sahaja.
"Harus ada rasa bersyukur, Di setiap kali ujian menjelma,
Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa,
Diuji tahap keimanan, Sedangkan ramai terbiar dilalaikan,
Hanya yang terpilih sahaja, Antara yang berjuta mendapat rahmatNya,
Allah rindu mendengarkan, Rintihanmu berpanjangan,
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi, Segala ujian diberi,
Maka bersyukurlah selalu.."
RENUNGAN BERSAMA.....