Sunday, August 30, 2009

HARI MERDEKA!!! HARI JD ADIK???? wah2.... part 2



asslamualaikum....
erm...tepat kul 12 adalah hari merdeka dan hari jadi buah hati sy....MySpace

nie gmbr buah ati akak sat....n dia lah satu2 nya buah ati yg sy ade skang.....MySpace SELAMAT HARI JADI MOHD ASRI YG KE-12... MySpace

Saturday, August 29, 2009

HARI MERDEKA!!! HARI JD ADIK???? wah2.... part 1

Asaalamualaikum wat sahabat2 pembaca sekalian....
erm...xlama ag nak sambut hari merdeka....hari merdeka adalah saat2 manis dalm hdup sy gak...nak tau napo????... MySpace
erm...........

erm.......MySpace

erm............

-MySpaceMySpace

-MySpace

-MySpace

-MySpace

-MySpace

-MySpace

-MySpace

hari yg terlalu teristimewa...bahagia tol rasanyer...hihihiMySpace

oklah sy citer ek....

pd 31 OGOS 1997...sya dah bergelar seorang kakak...hihihi wah hepi sangt2..MySpace

sy dapat gak seorang adik setelah 11 tahun mjadi anak tunggal...hihhi..so de manje skit...hihih..jgn marah....

pada 31 OGOS 2009 adalah hari jadi adik sy yg ke-12 tahun....
erm..dah beso pun buah hati sy tue...nama die MOHD ASRI....cyg adik...MySpace

dah 4 tahun xdpt sambut hari jd die bsame kakak...huhuhu MySpace

n dah 4 tahun gak xdpt sambut raya bsamer2...huhuhu lg sedih....huhuu MySpace

nntkan kepulangan akak ek...huhuhu MySpace

itue je lah yg dpt dikongsi bsamer2...hihihi...
wpun sedih...kiter kene hepi gak....hihhi MySpace

erm...mcm tpakse je hepi...xpo2...cayok2 sat.....hihi MySpace jom2 lari2 mncari kegembiraan...

nie die adik kesayangan akak sat...hihihi MySpace

alamak luper letak kat ner...xpo2...nnt sy masukkan k...tggu...hendsome tau...hihi

Wednesday, August 26, 2009

kata-kata dari sahabat saya yg jauh...


"Usah GELISAH, apabila ada insan yang BENCI atau TIDAK menyayangi kita di dunia..kerana ada lagi insan lain yang MASIH menyayangi kita (mak & ayah)..GELISAHLAH, apabila Allah BENCI atau TIDAK menyayangi kita kerana TIADA siapa lagi yang akan menyayangi kita di sana, kecuali DIA.."
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."kita kena sentiasa ingat akan Allah S.W.T..sbb tiap hari kita guna nikmat Allah..wallahua'lam
pandanglah dengan mata hati wahai sahabatku, tp jgnlah pandang dgn mata kasar atau mata akal..
Ayat² Cinta

Kasih dan dikasihi adalah sebahagian daripada FITRAH semulajadi manusia. Semua manusia punya naluri ini. Cuma yang berbeza, bagaimana fitrah ini terzahir dan dizahirkan dalam kehidupan yang ‘sebentar’ ini. Ada yang mencari cinta manusia i.e. kekasih, hingga ada yang sanggup menggadai nyawa meminum racun serangga bila cinta tidak dibalas atau dikhianati. Tak kurang yang sanggup terjun bangunan, frust dengan boyfriend/girlfriend katanya…Macam-macam lagi ‘kepelikan’ ketika bercinta… Mungkin ramai yang tersenyum sendirian, terkenangkan ‘kepelikan’ dalam pengalaman cinta masing-masing.

Kasih sayang dan cinta yang paling utama di dalam Islam adalah mencintai Allah dan RasulNya. Inilah cinta yang HAKIKI! Rasulullah SAW bersabda: “3 PERKARA sekiranya diamalkan akan terasa KEMANISAN IMAN; 1) Mencintai Allah dan RasulNya melebihi kecintaan kepada yang daripada keduanya; 2) Mencintai seseorang itu semata-mata kerana Allah; 3) Tidak mengulangi maksiat yang dilakukan selepas Allah memberikan hidayah kepada mereka seperti mana benci dihumbankan ke dalam neraka Jahannam” (riwayat al Bukhari dan Muslim).

Seorang Muslim yang hakiki melaksanakan tuntutan agamaNya bukan atas PAKSAAN tetapi dengan penuh kerelaan untuk mengharapkan kasih Tuhannya. Cintanya pada Allah menjadi motivasi dan nilai utama dalam memberi dan mencari kasih sesama manusia; ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat handai dan saudara mara. Cinta mereka kepada manusia punya syarat; orang yang mereka kasihi mesti mengasihi Allah! Tiada kompromi!!!

Sebagai contoh, mengasihi ibu bapa kerana Allah mendorong seorang anak menyantuni ibu bapa yang sudah lanjut usia dengan sepenuh hati walaupun perangai ibu bapanya lebih keanak-anakan daripada cucu-cucunya sendiri. Motivasi anak tersebut adalah pada menyantuni mak dan abahnya, kasih sayang Allah mencurah-curah. (nota: Apa khabar mak abah kita di kampung?)

Mengasihi isteri dan suami kerana Allah melahirkan kesegaran dan keikhlasan dalam bercinta. Kerap terdengar bahawa ramai yang JEMU dengan isteri dan suami selepas 5 tahun berumahtangga. Segala yang cantik dahulu menjadi pudar, segala yang wangi dahulu menjadi hambar, segala yang manis dahulu menjadi tawar, dulu tengok seksi sekarang rasa seksa… Janganlah melihat isteri dengan semata-mata dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang dangkal, atau dengan pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati bersuluhkan iman, kerana hati itulah yang memberi makna kepada cinta dalam berumahtangga.

Begitu juga ia mengasihi anak yang merupakan amanah dari Allah kepada ayah dan bondanya. Betapa tinggipun kasihnya pada anak-anak, ayah dan ibu yang beriman tetap tidak membiarkan anak-anaknya melakukan perkara yang dimurkai Allah kerana kasih mereka pada Allah yang paling tinggi. Ibu dan bapa yang mencintai Allah dan Rasul sentiasa merenung kepada pesanan PENCIPTA yang berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” [al-Tahrim 66 : 6]

Memang benar pepatah: WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK! Dalam bercinta juga begitu; kita mencintai manusia kerana Allah, kita akan dicintai oleh Allah dan manusia. Alangkah nikmatnya cinta yang begini!

Dalam bercinta marilah kita berdoa:

“Ya Allah, kurniakan aku kecintaanMU, dan kecintaan orang yang mencintaiMU; Ya Allah kurniakan aku kecintaan kepada amalan yang mendekatkan kami kepada KecintaanMU.” (riwayat Ahmad).

Tuesday, August 25, 2009

UNTUKMU TEMAN.....

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bererai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjiNya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
....

Monday, August 24, 2009

RENUNGKANLAH TEMAN2 KU...

Wahai kakakku....
Kenapakan lemah sungguh kaum HAWA itu???
Asyik berteman tangis dan sendu....
Wahai adikku....
Bukan wanita itu lemah kerana dek tangis dan sendunya,
tetapi disitulah wahai adikku,
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,
menjadi IZZAH yang paling gah,
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,
kerana sendu rayunya....
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun.
Duhai adikku....
lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata.
Namun kakakku....
Wanita itu fitnah dunia....!!!
Pernahkah adikku dengar pesanan Illahi pada hambanya???
"WAHAI LELAKI-LELAKI YANG BERIMAN,
TUNDUKKANLAH PANDANGANMU DAN TUTUPKANLAH AURATMU".
Cuba adik nilai....
Pada siapa dahulu ALLAH S.W.T dahulukan pesananya???
Pada hamba yang bergelar AR-RIJAL.
kerana andai si lelaki menjaga pandangnnya,
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pada dirinya.
Dan tidaklah ALLAH S.W.T lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.
Kerana di situlah kehormatannya.
Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Illahi itu!
Sesungguhnya, wanita yg beriman itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh.
Tapi kakakku....
Kenapa wanita itu menjadi peragaan???
Tidakkah mereka merasa malu???
Wahai adikku sayang...
Al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan Al-Haya' itulah pakaian IMAN.
Pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri.
NAMUN...
Bila mana Al-Haya' itu lebur,
Imannya runtuh...
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan???
Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku....
Wanita solehah itu pasti melindung diri mereka dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku....
1001 keindahan antaranya penciptaan wanita.
Pandai-pandailah dikau menilai,
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku...
Janganlah adik gusar,
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu.
Dan janganlah engkau sesekali merendahkan dirimu...mgugurkan dirimu...menyembah tanah.
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH S.W.T jadikan begitu tinggi martabatmu...



Saturday, August 22, 2009

Buat Semua Rakan-rakan ku...

SEMPENA RAMADHAN YANG MULIA INI..
buat semua rakan-rakan ku....
puasa tiada maknanya jika ada
sengketa antara kita,,
maaf dipohon atas tingkah
yg bukan kehendak kita ,,,,,,
jauh disana ingin berkasar,
apatah lagi melukakan,,,,,,,
namun apakan daya
lisan kadangkalanya sering melukakan....
zaman dahulu lisan perantaraan,
antara hati dan perasaan,,,
dizaman teknoloji ini ,,,,,,,
dari hati menuju kejari ,,,,
mencari yg buruk mahupun yg baik.......
bergantung punya diri
yg punya hati.....
maaflah atas kesilapan.....
moga diterima segala amalan...
dibuang segala dosa
ditambah pahala setiap keikhlasan...,
amin.....
FROM FARAWAHIDA N SATRIANI

Friday, August 21, 2009

INDAHNYA RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)
Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)
Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)
70 tahun.' (HR Bukhari)
Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.' (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: 'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)
Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)
Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)
Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.' ( Riwayat Al Baihaqi)
Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' ( Sahih Bukhari)

Semoga paparan ini dapat membuka minda kita bagi merebut peluang keemasan yang ada dibulan Ramadhan kali ini.(Selamat Berpuasa!)

Tuesday, August 18, 2009

SENYUMLAH.......


Tertawalah sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan penglipur kesedihan. Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Tertawa adalah merupakan puncak kgembiraan, keceriaan dan keriangan asalkan yang demikian itu adalah tertawa yang tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek atau mencemuh sebagaimana dikatakan dalam pepatah:
Janganlah terlalu banyak tertawa, kerana terlalu banyak tertawa akan mematikan hati. Senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah.
Dalam Faidhul Khathir, Ahmad Amin berkata: "orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang berkemampuan lebih dalam mengerjakan berbagai urusan, lebih bertanggungjawab ketika memikul tugas, orang yang paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih profesional dalam memikul urusan penting yang bermanfaat bagi diri mereka dan masyarakat".
Seandainya saya disuruh memilih di antara harta yang lebih banyak atau kedudukan yang tinggi dengan jiwa yang tenteram damai dan selalu tersenyum, pastilah saya akan memilih yang kedua. Sebabnya ialah, apa ertinya harta yang banyak apabila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apa ertinya segala yang ada didunia ini, apabila peasaan sering bersedih seumpama orang yang baru sahaja selesai menghantar jenazah kekasihnya? Apa ertinya kecantikan seorang isteri sekiranya sering berwajah muram dan hanya membuatkan suasana rumah tangga seolah-olah seperti neraka sahaja? Tentulah, seorang isteri yang tidak terlalu cantik akan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumahtangga laksana syurga setiap masa.
Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan untuk menutupi perangai yang tidak baik. Lihatlah setiap bunga tersnyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit, bintang-bintang dan burung2 semuanya tersenyum. Dan manusia, sesuai dengan watak dasarnya adalah makhluk yang suka tersenyum jikalau dalam dirinya tidak menonjolkan penyakit tamak, jahat dan egoisme yang sering membuat raut wajah tampak kusut dan muram. Raut wajah seseorang adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya. Oleh kerana itu, tidak akan ada kebenaran dari orang yang hatinya kotor.

Iliyya Abu Madhi berkata dalam puisinya:

Dia khianati janji setelah merenggut hatiku.
Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?
Aku berkata: "Tersenyumlah dan bersenanglah!
Kalau kau tetap bersama kesedihan,
akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!"
Malam-malam ku berlalu dalam kepahitan.
Aku berkata: Tersenyumlah!
Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sdang bersenandung.
Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung.
Apakah dia akan melihatmu jika engkau bnyanyi dgn limpahan dirham
atau kau merasa rugi jika engkau bnyanyi dengan hati berseri-seri???
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam
dan raut muka mu menampilkan kesedihan.
Tersenyumlah................!

LA TAHZAN....